Rais Saran Penjawat Awam Simpan Rekod Dan Rahsia Kerajaan Dengan Baik

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menyarankan penjawat awam supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab dalam menyimpan rahsia serta rekod kerajaan.

Katanya ini penting bagi mengelak rahsia kerajaan diketahui dan diperlekeh oleh pihak lain.

"Saya berpendapat pihak-pihak yang berkaitan dengan rekod-rekod kerajaan harus hati-hati selepas ini dalam menyimpan rahsia kerajaan dengan lebih bertanggungjawab supaya tidak dipermain-mainkan oleh pihak lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Wikileaks baru-baru ini berhubung kenyataan pegawai kanan Singapura terhadap pentadbiran negara ini.

Katanya, isu kali ini mungkin melibatkan hubungan diplomatik, tetapi jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, ia mungkin melibatkan kes yang lebih serius di masa depan, walaupun kenyataan yang dikeluarkan mungkin boleh dipersoalkan.

"Kali ini mungkin berhubung soal diplomatik, tapi dalam musim akan datang, mungkin akan mencederakan pihak-pihak tertentu dalam negara kita pula," katanya.

Sementara itu, Rais berkata tindakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menghantar notis protes kepada Singapura berhubung pendedahan Wikileaks adalah wajar.

Rais berkata Malaysia berhak untuk bertindak demikian.

"Mengatakan seseorang itu kurang kompeten misalnya adalah tidak berbudi bahasa, tetapi kalau benar dikatakan demikian pada tahun 2008, maka pada masa itu tentu sekali rakyat tahu siapa yang mengendali kerajaan di sebelah sini dan di sebelah sana.

"Tidak perlu bagi Singapura mengatakan kata-kata kesat dan sekiranya tidak berpuas hati, baik berterus-terang antara menteri luar dengan menteri luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan