Pengerusi JKKK Perak Dapat Elaun Tambahan Mulai Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kampung tradisional dan kampung baru di Perak akan menerima "kenaikan gaji" sebanyak RM150 sebulan mulai bulan depan.

Imbuhan baru berkenaan adalah tambahan kepada elaun bulanan berjumlah RM800 yang diterima sekarang daripada kerajaan persekutuan dan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata elaun khas RM150 itu diluluskan dalam Bajet 2011 yang dibentang bulan lepas.

Elaun itu membabitkan peruntukan kira-kira RM1.3 juta setahun, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dr Zambry berharap dengan kenaikan berkenaan, para pengerusi JKKK dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dalam memikul amanah yang diberikan sebagai wakil kerajaan di kawasan masing-masing.

Dr Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan akan teragak-agak untuk membatalkan kontrak pengerusi JKKK yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh pelantikan dua tahun.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan menyambung kontrak Pengerusi JKKK yang gagal menjalankan tugas dengan baik atau menasihati mereka berhenti sebelum tamat kontrak.

"Ada beberapa kes, mereka yang terlibat telah dinasihatkan berhenti tetapi kita tidak menghebahkan perkara itu kepada umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, sidang akhbar mesyuarat mingguan exco pada setiap Rabu kini boleh dilayari secara langsung melalui laman web www.peraknewsonline.com. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan