Lebih 17,000 Wanita Berhenti Kerja Akibat Krisis Ekonomi Global - Berita Semasa | mStar

Lebih 17,000 Wanita Berhenti Kerja Akibat Krisis Ekonomi Global

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 17,126 wanita tempatan telah berhenti kerja bagi tempoh Okt 2008 hingga April lalu akibat kesan krisis ekonomi global.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kesan krisis global adalah lebih besar ke atas wanita berbanding lelaki kerana mereka ini lebih mudah terdedah kepada risiko krisis tersebut.

"Bagaimanapun, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan pengupayaan ekonomi golongan wanita yang terjejas itu," katanya menjawab soalan Senator J.Usha Nandhini pada persidangan Dewan Negara, Rabu.

Shahrizat berkata, antara langkah itu adalah mengadakan latihan kemahiran bagi membolehkan wanita menjana pendapatan melalui program seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA).

Beliau berkata, pada masa ini juga kementerian telah berjaya melatih dan membangunkan seramai 4,550 orang usahawan wanita di bawah inisiatif NKRA kementerian.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 1,629 orang usahawan wanita dilahirkan dengan pendapatan melebihi RM3,500.

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh dari 46.4 peratus ke 55 peratus pada tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

"Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan seperti menggiatkan usaha mewujudkan keseimbangan antara kerjaya dan kerja melalui pelaksanaan waktu kerja anjal dan bekerja dari rumah," katanya.

Menerusi kaedah bekerja dari rumah, Shahrizat berkata, sehingga September lepas, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan seramai 2,823 orang wanita telah mendapat pekerjaan dengan 159 buah syarikat swasta. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan