Dua Masjid Di Besut Tunaikan Solat Jumaat Dua Kali

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua buah masjid di negeri ini iaitu di daerah Besut dikesan menunaikan solat Jumaat dua kali dalam satu kariah, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Beliau berkata sebelum ini dilaporkan ada 10 buah masjid yang mengalami keadaan sama, namun dapat diatasi dengan penyokong parti pembangkang kembali bersama menunaikan solat Jumaat bersama-sama di masjid yang ditauliahkan kerajaan.

"Keadaan pemulauan mengerjakan solat Jumaat di masjid kerajaan akan terus berlaku jika pemimpin PAS di negeri ini tidak menasihati penyokong mereka supaya menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid kerajaan dalam kariah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini yang mahukan penjelasan bila masalah solat dua jumaat dalam satu kariah akan diatasi.

Katanya hasil siasatan yang dilakukan juga mendapati kebanyakan penyokong parti pembangkang enggan menunaikan solat Jumaat di masjid kerajaan kerana tidak mendapat keizinan daripada pemimpin parti itu.

"Apabila ditanya, mereka menjawab yang mereka tak ada masalah solat Jumaat di masjid kerajaan tapi kena tanya pemimpin mereka dulu," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jelas menunjukkan penyokong PAS tidak mempunyai masalah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid kerajaan, namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mendapat keputusan daripada pemimpin mereka.

Sehubungan itu, katanya sudah tiba masa bagi pucuk pimpinan parti tersebut supaya menasihati penyokongnya agar kembali menunaikan solat Jumaat di masjid asal bagi memastikan umat Islam terus bersatu dan teguh walaupun mempunyai idealogi politik yang berbeza.

Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) kemudian bangkit mengemukakan soalan tambahan dengan menyatakan masalah solat dua jumaat dalam satu kariah tidak pernah menjadi isu, terutama di negara Arab termasuk Arab Saudi.

Khazan berkata, situasi itu jauh berbeza kerana penduduk Islam seperti di Madinah (Arab Saudi) terlalu padat dan munasabah mereka menunaikan solat Jumaat di masjid berasingan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan