Amaran Hujan Lebat Peringkat Kuning Di Pantai Timur, Sabah Dan Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Jumaat malam hingga pagi Isnin depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang manakala Terengganu pula di kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman, sementara Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ia boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai, kata kenyatan itu.

Sementara itu, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Tengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu, Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat,Pedalaman dan Kudat) mulai 17 hingga 19 Dis.

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan