Zaid Dijangka Dipilih Presiden AKIM Esok

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dijangka dipilih menerajui Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan pada Rabu.

AKIM dikatakan akan menyusun semula kepimpinannya pada EGM berkenaan selepas Zaid diisytiharkan menyertai parti itu.

Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun mereka masih belum memutuskan jawatan untuk bekas menteri terbabit walaupun timbul cadangan supaya beliau dilantik sebagai presiden

Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru atau tidak.

"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.

“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.

"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya di sini.

Zakaria berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, pelantikan akan dijalankan esok.

"Tapi jawatan apa belum tentu lagi. Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," katanya, lapor Malaysiakini.

Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.

Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” katanya lagi.

Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.

Mengulas lanjut, beliau berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.

“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.

"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan