Singapura Perlu Jaga Hubungan Dengan Jiran - Tun Abdullah

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Singapura tidak harus membuat kenyataan yang menyinggung perasaan negara jiran terutama jiran terdekat bagi menjamin hubungan dua hala yang erat pada masa depan, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, Singapura sebagai jiran perlu mewujudkan situasi menang-menang antara dua pihak, tetapi yang penting mereka perlu menjaga sensitiviti Malaysia apabila mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Singapura perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan dua hala...dan bukan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan," kata Abdullah.

Beliau diminta mengulas pendedahan Wikileaks mengenai beberapa kenyataan Singapura yang mengkritik perkembangan politik di Malaysia yang dipaparkan oleh akhbar Australia baru-baru ini.

Abdullah sebelum itu menghadiri dialog pertukaran ilmu bertajuk "Looking East: An Alternative Approach to the Western Paradigm of Governance" anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang berlangsung selama enam hari bermula Ahad lepas, di sini Selasa. Menyentuh mengenai topik perbincangan "The birth of corridors" yang dibentangnya pada dialog hari ini, Abdullah yang juga Penasihat Pembangunan Koridor berkata kelima-lima koridor pembangunan ekonomi menunjukkan perkembangan positif.

Koridor ekonomi itu adalah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

"Jumlah pertumbuhan pelaburan kelima-lima koridor itu sehingga 30 September lepas adalah RM145 bilion, sementara jumlah pelaburan yang sudah bermula setakat ini ialah RM66.08 bilion," katanya.

Jumlah tersebut melebihi jumlah anggaran ditetapkan sebelum ini, katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah anggaran tersebut.

Abdullah berkata setakat ini hanya NCER menghadapi masalah.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan