Polis Minta Orang Ramai Jangan Hadiri Ceramah PKR Di Wangsa Maju

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menghadiri ceramah umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu.

Polis tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan, katanya kepada Bernama melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hari ini.

Katanya pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut.

Ceramah umum PKR, anjuran cabang Wangsa Maju, dijadualkan bermula pukul 9 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan