Pendedahan Wikileaks Tidak Ada Kaitan Dengan Siasatan - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kegiatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kaitan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata apa yang didedahkan oleh laman web tersebut adalah perbincangan antara dua pihak iaitu Singapura dan Australia dan tidak berkait langsung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam konteks ini, saya ingin tegaskan bahawa semua maklumat dan kerahsiaan tentang siasatan yang dilakukan oleh pihak PDRM sentiasa terpelihara dan sememangnya dijaga dan dipertahankan kerana ia melibatkan imej dan kredibiliti PDRM sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Hishammuddin berkata pendedahan yang tersiar dalam laman web tersebut lebih terarah kepada maklumat yang berlegar dalam kitaran diplomatik.

Sehubungan itu, katanya, adalah sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak cuba mengaitkan PDRM atau Kementerian Dalam Negeri dengan sumber pendedahan itu.

Beliau mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Semalam, Anwar mendakwa Unit Cawangan Khas (SB) PDRM sebagai sumber pendedahan WikiLeaks.

Di ALOR SETAR, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika mengulas mengenai perkara itu berkata PDRM tidak mahu melayan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana polis merupakan sebuah badan profesional.

"Kita tahu tanggungjawab kita dan tidak mahu terbabit dalam hal-hal lain selain daripada tugas-tugas polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai lebih RM600,000 kepada anggota dan pegawai PDRM di Kedah dan Perlis yang terbabit banjir awal November lalu.

Lebih 400 keluarga PDRM di Kedah dan 486 keluarga di Perlis terjejas akibat banjir membabitkan kerugian hampir RM2.8 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan