Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Untuk 2011-2020 Sedang Dirangka

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang merangka pelan strategik bagi kementerian itu untuk tahun depan hingga 2020 sebagai kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang akan tamat pada akhir tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pelan itu akan memastikan perancangan pendidikan yang mantap dengan melaksanakan pembaharuan dan lonjakan bagi mencapai Wawasan 2020.

"Beberapa inisiatif telah dicadangkan dalam pelan itu seperti memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkukuh Bahasa Inggeris, pendidikan awal kanak-kanak," kata beliau.

Selain mengurus perdanakan VocTech iaitu pendidikan vokasional dan teknologi, perkongsian pintar awam, swasta, komuniti dan ibu bapa serta inovasi dan kreativiti untuk menjadikan pendidikan negara relevan, katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Selasa.

Wee berkata perancangan pendidikan tersebut akan dapat memacu modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya, memiliki semangat patriotisme yang utuh serta mempunyai daya saing yang tinggi.

PIPP yang diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan satu inisiatif kerajaan dalam melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

Sebanyak enam teras strategik telah digariskan dalam PIPP iaitu membina negara dan bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakan kecemerlangan institusi pendidikan.

"Kementerian telah memberi fokus utama kepada setiap teras dalam PIPP supaya semua warga pendidik dapat memberi tumpuan yang sama kepada pelaksanaannya," kata Wee. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan