Model Baru Tangani Gejala Sosial Siap Pertengahan Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses menggubal Model Baru Sosial bagi menangani masalah sosial di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Beliau berkata model itu akan dibangunkan melalui usaha strategik multi-sektoral dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Katanya kementerian turut menggalakkan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk melalui pemberian geran tahunan bagi melaksanakan program-program menangani masalah sosial khusus dalam bidang dan kumpulan sasaran masing-masing.

"Antaranya adalah menjalin perkongsian pintar dengan Yayasan Pink Triangle bagi membolehkan mereka mengurus dan memberi perkhidmatan kepada golongan yang menghidap HIV serta kerjasama dengan Yayasan Salam yang memberi kemudahan untuk remaja berisiko tingi berinteraksi dan mengembangkan potensi diri melalui minat masing-masing.

"Ia membolehkan remaja memenuhi masa santai dengan kegiatan berfaedah dan mengurangkan potensi terlibat dengan gejala sosial," katanya menjawab soalan Senator Mohamad Yusof Husin di Dewan Negara di sini hari ini.

Heng berkata kerajaan juga telah menubuhkan tiga panel penyelaras bagi menjalankan program dan aktiviti kepada golongan sasaran iaitu belia yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan, remaja (Kementerian Pelajaran) dan kanak-kanak (Kementerian Kesihatan).

"Semua perkhidmatan program dan aktiviti bagi kumpulan sasaran ini dibawa ke Majlis Sosial Negara untuk pertimbangan dan diselaraskan dengan matlamat pembangunan sosial negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan