Malaysia Mampu Jadi Pengeluar Sel Solar Kedua Terbesar Dunia

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata Malaysia berpotensi menjadi negara pengeluar produk sel solar kedua terbesar di dunia ekoran kemasukan pelaburan yang rancak dalam bidang berkenaan.

Katanya Malaysia mampu menarik pelaburan besar-besaran dalam penghasilan produk sel solar kerana ia telah mempunyai rangkaian pengilang yang berkait dengan industri itu di samping bahan mentah dan tenaga kerja yang berkualiti.

"Malaysia mempunyai syarikat yang merentasi keperluan industri solar seperti pengeluar sel solar, silikon dan pemasangan modul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd (TCMSB) di Kawasan Perindustrian Khantan di sini, Selasa.

TCMSB adalah sebuah syarikat usahasama Twin Creeks Technologies Incorporated (TCTI) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan anak syarikat kerajaan negeri The Red Solar (M) Sdn Bhd (TRS).

Bagi mencapai sasaran itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan menyediakan pelbagai insentif untuk membantu perkembangan industri berkenaan serta menarik kemasukan pelabur yang mahu mengembangkan teknologi tenaga hijau berkenaan.

Katanya, dalam pembangunan industri solar ini, ia melibatkan pelaburan yang besar dan memerlukan beberapa insentif bagi memastikan ia berjalan lancar serta memenuhi keperluan pelabur.

"Asas kepada penerokaan teknologi ini telah pun bermula dan sedang berkembang dan Malaysia kini sedang menuju menjadi pengeluar ketiga terbesar sel solar dunia selepas China dan Jerman," katanya.

Berikutan permintaan global yang tinggi dan potensi pusat pengeluaran berpindah ke Malaysia dari negara kos tinggi seperti Jerman, bukan mustahil Malaysia akan muncul sebagai pengeluar kedua dunia tidak lama lagi, katanya.

Muhyiddin berkata untuk merelalisasikan perkara itu, negara perlu mempunyai tenaga mahir dan terlatih yang mencukupi serta bekalan bahan mentah yang mampu memenuhi keperluan pasaran.

Katanya, walaupun kos permulaan bagi menyediakan prasarana bagi membangunkan teknologi ini agak tinggi, ia akan memberikan pulangan yang baik dalam jangka masa panjang selain memberikan peluang kepada syarikat tempatan untuk menjadi pembekal bahan mentah.

TCMSB yang dibangunkan dengan pelaburan kira-kira RM1 bilion akan menghasilkan 100 MegaWatt(MW) pada 2012 dan akan dipertingkatkan kepada 500 MW pada 2014.

Teknologi yang digunakan TCMSB berbeza dengan pekilang lain yang beroperasi di negara ini kerana teknologi yang digunakan tidak membabitkan logam toksik dalam pembuatan sel solar.

Kilang itu akan menyediakan 1,000 peluang pekerjaan yang merangkumi 500 pekerja separuh mahir, 200 dalam bidang kejuruteraan dan bakinya adalah dalam bidang pengurusan dan penyeliaan.

TCMSB juga menyasarkan menjadi pengeluar utama sel dan panel solar dalam pasaran tempatan manakala 30 peratus hasil pengeluarannya pula untuk pasaran Asia Tenggara.

Yang turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif TCTI Dr Siva Sivaram. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan