Hujan Dan Ribut Petir Di Pahang Dan Terengganu Jumaat Ini - Berita Semasa | mStar

Hujan Dan Ribut Petir Di Pahang Dan Terengganu Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Terengganu (Maran, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) mulai Jumaat malam (17 Dis) hingga Ahad malam (19 Dis).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Selasa berkata keadaan itu boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang tumur laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North dan Pulau Layang-Layang bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut, kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan