Rangka Kerja Dasar Pengangkutan Awam Siap Menjelang September 2011

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rangka kerja Dasar Pengangkutan Awam Kebangsaan dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Greater KL-Lembah Kelang akan disiapkan menjelang September tahun depan, kata pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (LPTC), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Buat masa ini, suruhanjaya itu sedang berunding dengan pelbagai pihak yang berkepentingan, pengguna dan pakar-pakar," katanya kepada pemberita di Sidang Kemuncak Mengenai Pengangkutan Awam Bandar 2010 di sini Isnin.

Persidangan satu hari bertema "Mengubah Pergerakan Bandar: Mengembangkan Kapasiti, Meningkatkan Kecekapan", dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia.

Syed Hamid berkata Rangka Kerja Dasar Pengangkutan Awam Kebangsaan akan termasuk pelan kecil menumpukan kepada wilayah tertentu, dengan Rangka Kerja Pengangkutan Awam Greater KL-Lembah Kelang dijadikan satu keutamaan.

Beliau berkata pada masa ini, pengangkutan awam di Kuala Lumpur dicatatkan pada 12 peratus dan kerajaan mahu meningkatkannya kepada 25 peratus menjelang 2012.

"Transit pantas massa akan menjadi tulang belakang penambahbaikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur," katanya.

Sebelum itu, pada perasmian sidang kemuncak tersebut, Syed Hamid berkata LPTC akan mula bergerak sepenuhnya untuk menggubal dasar, merancang dan mengawal atur perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan fret jalanraya dan rel.

"Ia juga mempunyai kuasa penguatkuasaan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama rapat lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Mohd Nur Ismal Kamal, berkata LPTC ditubuhkan pada Jun tahun ini di bawah Akta LPTC 2010 dan diberi kuasa menerusi pemindaan yang dibuat ke atas empat akta.

"Tiga akta telah dipinda, sementara pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijadualkan menjelang penutup sesi parliamen sekarang (16 Disember)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan