PM Saksi Majlis Meterai PSA Dengan Brunei

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Brunei Darussalam, Isnin bagi menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Perkongsian Produksi (PSA) bagi Blok CA2 antara Petroleum Brunei dan PETRONAS Carigali.

Najib akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman, pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Petronas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini malam Ahad, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman sebelum disusuli dengan majlis menandatangani PSA.

Najib akan menikmati jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Sultan Brunei sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Kenyataan itu menyebut lawatan itu akan memberi peluang untuk kedua-dua pemimpin negara berkongsi pandangan mengenai kerjasama dua hala.

Ia termasuk status pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) yang dimeterai pada 16 Mac 2009 serta mengesahkan semula komitmen kedua-dua pemimpin dalam meningkatkan hubungan dua hala serta mewujudkan medan baru bagi meningkatkan rakan perkongsian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan