PIPLB Bangun Kawasan Luar Bandar - Shafie Apdal

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan terus menerajui usaha membangunkan kawasan luar bandar melalui Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Oktober lepas.

Namun menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelan yang sedia ada itu tidak akan bermakna jika kementerian tidak mempunyai satu sistem penyampaian dan pelaksanaan yang komprehensif untuk menjayakan tujuh teras pembangunan luar bandar yang digariskan dalam PIPLB.

"Penglibatan dan tanggungjawab agensi lain juga perlu diperincikan dengan lebih jelas agar tidak berlaku pertindihan, sekaligus dapat menjimatkan.

"Banyak tanggungjawab yang diberikan untuk memastikan supaya kita dapat membantu masyarakat luar bandar dan kita perlu melihat apa yang kita sudah lakukan pada tahun ini supaya kita boleh mempertingkatkan tahun depan.

"Ini bukan sahaja dalam konteks pelan induk pembangunan bahkan juga dalam konteks projek-projek NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang kita laksanakan di tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel PIPLB di sini, Isnin.

Katanya PIPLB menggariskan visi untuk menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyrakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya empat misi utama yang digariskan bagi menyokong visi ini ialah memperkasakan modal insan, meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup penduduk di luar bandar dan mengurus tadbir luar bandar secara cekap dan mapan.

"Penggubalan PIPLB merupakan satu anjakan ke arah mempertingkatkan pembangunan luar bandar di negara ini. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi sektor luar bandar bersama-sama merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Pelan induk ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mementingkan pembangunan modal insan, kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi masyarakat luar bandar yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara," katanya.

Shafie berkata pelan induk itu telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan luar bandar.

"Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digembleng secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang digariskan dalam pelan tersebut.

"Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, bukan sahaja oleh jabatan dan agensi di bawah KKLW, malah agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung memainkan peranan dalam pembangunan luar bandar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan