Permainan Tradisional Perlu Dimartabatkan Kembali

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat swasta perlu memainkan peranan dalam menghidupkan semula permainan tradisional kanak-kanak supaya ia tidak pupus ditelan zaman.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata permainan jenis itu kini semakin dilupakan terutama di kalangan kanak-kanak bandar.

Kerajaan menggalakkan pihak swasta untuk memperkasakan semula permainan tradisional ini melalui pelbagai cara supaya ia kembali dimainkan oleh generasi muda, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan setem dan sampul surat Hari Pertama permainan tradisional masa lapang bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan sempena Minggu Setem 2010 di sini Isnin.

Beliau berkata terdapat ramai kanak-kanak kini tidak mengetahui asal-usul permainan tradisonal, dan tidak pernah memainkannya dan langkah menghidupkan semula permainan itu adalah sangat mustahak.

Antara setem yang dijual adalah gambar Upin dan Ipin bermain congkak, batu seremban, galah panjang dan konda-kondi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan