Pengguna Diminta Segera Bayar Bil Air Tertunggak

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Sdn Bhd menasihatkan pengguna segera membayar bil air tertunggak kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Disember sedang dijalankan di kawasan sekitar Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

Ia membabitkan Taman Rajawali, Taman Ikan Emas, Kampung Cheras Baru, Taman Tenaga, Desa Aman, Taman Bukit Pandan, Taman Mutiara, Taman Bahtera/Taman Cheras, Taman Billion, Taman Rakyat, Taman Segar, Taman Sunway, Cheras Awana, Taman Mudun, Cheras Utama, Bandar Tun Razak, Taman Midah, Desa Tun Razak, Bandar Damai Perdana, Desa Baiduri, Cheras Hartamas, Loke Yew, Salak Selatan, Sungai Besi dan Bangsar.

Kawasan lain ialah Damansara, Taman Tuanku, Bukit Persekutuan, Jalan Ipoh, Jalan Duta, Segambut, Jalan Imbi, Jalan Padang Walter Granier, Jalan Merlimau, Jalan Sultan Ismail, Jalan Petaling, Jalan Pudu, Jalan Hang Jebat, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut/Lorong Haji Taib, Kampung Baru, Jalan Gurney, Jalan Pahang dan Jalan Semarak, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Seksyen 11 hingga Seksyen 19 Petaling Jaya (PJ), Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kampung Sungai Penchala, Kampung Bukit Lanjan, SS1 hingga SS8 Kelana Jaya, SS20 hingga SS26 PJ, PJU 10 Damansara Damai dan PJU 5 Kota Damansara, Bandar Baru Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan, Bukit Jalil, Serdang dan Seri Kembangan.

"Tindakan akan dikenakan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil air tertunggak dan jika tindakan telah diambil, pengguna juga akan dikenakan caj RM50 bagi tujuan penyambungan semula bekalan air," katanya.

Pengguna boleh membuat pembayaran bil tertunggak di kaunter bayaran pejabat Syabas di seluruh negeri, bank serta melalui perkhidmatan perbankan internet, perbankan telefon, kaunter pembayaran dan mesin teller automatik (ATM).

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian 1-800-88-5252 atau menerusi khidmat SMS dengan menaip PUSPEL jarak aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke Twitter dan Facebook Syabas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan