Pembangkang Cuba Lagakan Pemimpin BN Perak: Raja Ahmad Zainuddin

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta parti-parti pembangkang menghentikan cubaan melaga-lagakan barisan kepimpinan kerajaan negeri Perak.

"Saya minta pihak pembangkang menghentikan sebarang kenyataan yang saya rasa bertujuan melaga-lagakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan dengan kepimpinan.Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan sebelum ini tetapi tidak berhasil memecah-belahkan kami.

"Keutuhan yang ditunjukkan kami dalam memikul amanah yang diberikan membuatkan pembangkang goyah dan sentiasa cuba menjatuhkan dengan menabur pelbagai fitnah," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk), Dr Raja Ahmad Al-Hiss yang mempersoalkan kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat ekoran pendedahan PAC mengenai kos majlis-majlis perasmian termasuk di Pejabat Menteri Besar yang melebihi RM1 juta.

Laporan yang disiarkan akhbar Harakah minggu ini itu mempertikaikan SPRM kerana telah menyiasat seorang pegawai Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000 baru-baru ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata pembangkang sengaja memutar-belit kenyataan PAC itu sedangkan ia isu lapuk dan sudah diselesaikan selepas PAC memanggil jabatan dan pegawai yang terlibat bagi memberi penjelasan.

Beliau berkata hasil daripada penjelasan yang diberikan, PAC berpuas hati dengan kedudukan sebenar perkara berkenaan.

"Perkara ini juga adalah isu biasa dan saya minta pembangkang menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan kawasan yang dipimpin mereka.

"Memfitnah bukan jalan terbaik untuk meningkatkan populariti mereka yang semakin menurun. Bekerjalah dengan baik dan sebarang tuduhan yang hendak dilemparkan pastikan dengan fakta dan bukti kukuh,'kata Raja Ahmad Zainuddin yang juga Adun Kubu Gajah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan