Peluang Besar Petronas Teroka Minyak, Gas Di Brunei: Najib

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Petronas berkemungkinan mendapat peluang yang lebih besar pada masa akan datang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan di dua blok kawasan laut dalam Brunei yang kaya dengan rizab gas dan petroleum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini berikutan penglibatan Petronas dalam perjanjian perkongsian pengeluaran (PSA) untuk Blok CA2 dengan Brunei National Petroleum Company Sdn Bhd (PetroleumBRUNEI) di sini, hari ini.

Pemeteraian perjanjian itu dilakukan dalam satu acara tertutup yang diadakan di Dewan Baitul Al-Mesyuarah di Istana Nurul Iman yang turut disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Dalam pejanjian itu, Petronas diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas sementara PetroleumBRUNEI diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Azren Taib.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu, Najib berkata Sultan Bolkiah turut mengalu-alukan persefahaman yang dicapai oleh kedua-dua syarikat itu.

"Ke Bawah Duli Tuanku telah menyatakan rasa puashati dengan segala persefahaman yang dicapai dan ada kemungkinan Petronas dapat diberi peluang yang lebih besar pada masa-masa yang akan datang," katanya.

Dalam pertemuan empat mata itu, katanya Sultan Bolkiah juga telah melahirkan hasrat untuk memperluaskan pelaburan Brunei di Sabah, Sarawak dan di Wilayah Iskandar, di samping meneruskan pelaburan dalam sebuah hotel terkemuka yang terletak di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Najib berkata dialog dan perbincangan juga akan terus dijalankan pada peringkat kementerian yang berkenaan dari kedua-dua negara bertujuan untuk meningkatkan perhubungan antara Sabah, Sarawak dan Brunei dan memudahkan perjalanan rakyat Brunei dan Malaysia

Sementara itu, Shamsul Azhar memberitahu pemberita bahawa PSA dengan PetroleumBRUNEI untuk Blok CA2 melibatkan tempoh 40 tahun.

Bagaimana pun, beliau tidak dapat mengulas lanjut berkenaan dengan keluasan sebenar kawasan blok berkenaan dan saiz rizabnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan