Pelbagai Usaha Pastikan Rakyat Fahami Perlembagaan Negara - Rais

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengambil beberapa pendekatan bagi memastikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara benar-benar dapat difahami seluruh rakyat Malaysia selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata KPKK melalui Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memberi tumpuan kepada aktiviti bersemuka seperti ceramah bersiri, aktiviti merakyatkan seni dan budaya, serta aktiviti menerusi media massa termasuk penyiaran oleh RTM.

"Selain itu, buku-buku dan risalah mengenai Gagasan 1Malaysia dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil terbitan kementerian juga telah dan sedang diedarkan kepada masyarakat untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep gagasan itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat pada persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Selain itu, Rais berkata kementerian telah mengarahkan seluruh agensi dan jabatan di bawah KPKK termasuk stesen tv dan radio untuk menyelitkan slot penerangan mengenai perkara berkaitan Perlembagaan dan sebagainya dalam semua program mereka.

"Setakat ini, sekitar 120 iklan dan tanggungjawab sosial syarikat tv telah menerangkan kepada rakyat tentang intipati Perlembagaan dan hal-hal berkaitan 1Malaysia dan Rukun Negara.

"Anggota-anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat pun diharap turut serta sampaikan maklumat yang jelas. Kita harap perjuangan Gagasan 1Malaysia itu akan dapat diberi fahaman yang jitu dan tegas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan