MIDF Kekalkan Ramalan Bagi Tenaga Untuk Tahun Depan Dan 2012

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIDF Research mengekalkan ramalannya untuk Tenaga bagi tahun depan dan 2012 atas anggapan tiada kenaikan tarif, harga purata arang batu adalah US$100 satu metrik tan dan harga gas kekal pada RM10.70/mmBTU.

"Berdasarkan demikian, nilai adil kami adalah pada RM9.98. Tetapi jika kita menganggap Tenaga akan meningkatkan tarif sebanyak empat peratus sementara faktor yang lain kekal, ia akan menaikkan keuntungan bersih terasnya sebanyak 35.2 peratus kepada RM3.4 bilion," kata MIDF Research dalam satu nota penyelidikan, Isnin.

Firma penyelidikan itu berkata potensi untuk peningkatan permintaan tenaga elektrik tetap kekal.

"Sejajar dengan unjuran ekonomi sederhana tahun depan, Tenaga menjangka permintaan untuk tenaga elektrik akan meningkat lima peratus tahun depan, iaitu sedikit peningkatan daripada ramalan 4.5 peratus kami," tambahnya.

Ia berkata kebanyakannya bergantung kepada projek-projek di bawah Bajet 2011 dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Kami dapati dengan setiap satu peratus perubahan pada pertumbuhan permintaan tenaga elektrik, ia akan memberi kesan satu hingga tiga peratus kepada keuntungan bersih teras Tenaga," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan