Malaysia Pilihan Pelancong Islam Global

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Malaysia kini menjadi pilihan pelancong Islam kerana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk halal, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Zainuddin Abdul Wahab.

Beliau berkata potensi pelancongan Islam di Malaysia terbuka luas dengan faktor penyumbang lain kepada potensinya ialah dasar liberal negara yang menawarkan keselesaan dalam pelbagai segi.

"Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai tahap keselesaan tinggi terhadap isu halal bukan saja pada makanan dan minuman, malah keperluan peribadi serta kemudahan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Zainuddin berkata berdasarkan kajian yang dilakukan, pelancong terutama yang beragama Islam memilih Malaysia kerana mereka senang mendapatkan makanan halal, kemudahan tempat beribadat, pelancongan berasaskan kesihatan, kepelbagaian budaya dan warisan serta suasana yang aman.

Katanya ITC yang diiktiraf Kementerian Pelancongan akan terus mempromosikan produk pelancongan Islam dari Malaysia ke peringkat antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan