Maklumat Anwar Di Wikileaks Bukan Dari Sumber Kementerian Pertahanan

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai kegiatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan dalam laman web, WikiLeaks, bukan diperolehi daripada sumber Kementerian Pertahanan, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, maklumat yang diberikan adalah diperolehi daripada sumber tidak rasmi dan kementerian tidak memperakukan maklumat-maklumat itu.

"Kementerian sedang memantau keadaan. Setakat ini, tiada apa-apa yang ditemui, tiada dokumen perisikan ketenteraan yang bocor.

"Kita sering memperkemaskan maklumat-maklumat, rahsia besar dan maklumat-maklumat sulit dan kita sentiasa memantau daripada berlakunya kebocoran," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini apabila diminta mengulas pendedahan WikiLeaks.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mencabar Anwar Ibrahim untuk menyaman laman web, WikiLeaks, sekiranya tuduhan yang dinyatakan adalah palsu dan berunsur fitnah.

Ini kerana sikap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang suka menyaman orang dalam apa-apa perkara, menunjukkan seolah-olah ia sudah menjadi satu "pekerjaan" wajib baginya, kata beliau.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pendedahan tersebut menjadi petunjuk jelas terhadap keperibadian Anwar.

"Pendedahan WikiLeaks khususnya mengenai Datuk Seri Anwar amat berat sekali sebab pendedahan itu berdasarkan pada perisikan maklumat yang didapati oleh pihak luar. Kita tidak tahu bagaimana cara maklumat itu diperolehi, tetapi memandangkan maklumat tersebut diguna pakai dalam perhubungan antara negara-negara asing, maka ia nampak gaya maklumat tersebut adalah sahih, kalau tidak mana mungkin Singapura dan Australia bincangkan soal maklumat tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menanti sebarang penjelasan dari pihak Singapura mengenai pendedahan tersebut kerana sekiranya terbukti benar, maka ia mempunyai impak tertentu kepada persepsi rakyat terhadap mereka yang terlibat.

Sambil merujuk pendedahan itu sangat menarik, beliau yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata: "Kita pun tidak tahu sebelum ini yang ada perkara-perkara macam itu dibincangkan di peringkat antarabangsa, khususnya, antara pihak Singapura dan Australia, tetapi kita pun hendak tahu jugalah kesahihan maklumat itu".

Naib Presiden PKR Tian Chua ketika mengulas perkara itu berkata "PKR akan hantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura mengenai dakwaan terhadap Anwar. Surat akan siap hari ini dan kalau boleh memang kami akan hantar hari ini". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan