Konsep 'Plea Bargaining' Di Mahkamah Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep 'plea bargaining', atau tawaran terhadap pengakuan bersalah bagi mengurangkan pertuduhan dan hukuman; yang akan membolehkan tertuduh dalam kes-kes jenayah memperolehi hukuman yang diringankan 50 peratus daripada hukuman maksimum, akan dilaksanakan secara rasmi oleh mahkamah tidak lama lagi.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata konsep itu akan dapat menyegerakan penyelesaian kes-kes jenayah di samping mengurangkan kes-kes tertunggak, dan menurutnya penyelesaian kes-kes sedemikian ketika ini berjalan dengan pantas.

Beliau berkata pihak pendakwaan dan yang dituduh dalam kes-kes di mana hukumannya adalah mati, boleh memohon 'plea barganing' sebelum mahkamah meneruskan perbicaraan.

"Dengan cara ini lebih banyak orang kena tuduh akan mengaku bersalah, oleh itu kes berkenaan tidak perlu melalui perbicaraan penuh, dan kes-kes jenayah akan dapat berjalan lebih lancar," katanya pada satu persidangan media selepas majlis perasmian Persidangan Kedua Hakim-hakim di sini Isnin.

Persidangan tiga hari yang dihadiri oleh 128 hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan itu antara lain disasar untuk mengkaji semula semua kes-kes dan mengenal pasti punca kelewatan perbicaraan, di samping berkongsi pengalaman antara para hakim.

Zaki berkata konsep 'plea bargaining' itu akan diguna pakai untuk pesalah kali pertama sahaja, dan para hakim dan peguamn sedang diberi taklimat berhubung konsep itu.

Katanya garis panduan berhubung konsep itu sedang disediakan oleh pejabat Peguam Negara, dan mereka akan berbincang dengan mahkamah serta majlis Peguam mengenai perkara itu sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata pindaan dalam Seksyen 172 Akta Kanun Acara Jenayah 2010 bagi memasukkan konsep 'plea bargaining' itu sudah diluluskan oleh Parlimen Jun lepas.

Sebelum pindaan itu, mereka yang dituduh yang ditawarkan 'plea bargaining' itu tidak dijamin hukuman ringan 50 peratus daripada hukuman maksimum.

Sementara itu Hakim Mahkamah Persekutuan, yang juga Hakim Pengurus bagi Mahkamah Jenayah, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata 'plea bargaining' perlu ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa, dan sekiranya tiada pilihan diterima selepas 90 hari, perbicaraan penuh akan dijalankan.

Beliau berkata sebaik sahaja hukuman diumumkan, kedua-dua pihak tidak lagi boleh merayu terhadap keputusan di mahkamah lebih tinggi, kecuali atas alasan teknikal.

Menurutnya di bawah pindaan itu, hakim juga boleh memanggil yang dituduh secara tertutup, bagi memastikan permohonan dibuat secara sukarela.

Zulkefli berkata ketika melaksanakan satu penyelesaian yang memuaskan hati dalam sesuatu kes, adalah menjadi tugas mahkamah untuk memastikan bahawa proses 'plea bargaining' itu dilaksanakan secara sukarela oleh pihak-pihak yang terbabit.

Katanya konsep itu sudah dilaksanakan di mahkamah ketika ini, namun ekoran pindaan kepada undang-undang, perkara itu nanti akan menjadi lebih rasmi dengan dilengkapi garis panduan serta prosedur standard. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan