Wikileaks Dedahkan Pandangan Pihak Singapura Berhubung Aksi-Aksi Anwar

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perisikan Singapura dan begitu juga dengan menteri mentornya Lee Kuan Yew percaya bahawa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "sebenarnya ada melakukan aksi-aksi yang mana beliau kini sedang dituduh".

Perkara ini didedahkan oleh WikiLeaks melalui satu kenyataan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada November 2008.

Kabel itu yang dikeluarkan secara eksklusif kepada tabloid Australia, The Sun-Herald, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar Australia yang lain, Ahad.

Wikileaks adalah sebuah laman web yang menerbitkan maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi atau dokumen keagamaan tapi berusaha mengekalkan ketanpanamaan para penyumbangnya.

Kabel Jabatan Negara Amerika yang berurusan dengan kes liwat Anwar, bertarikh November 2008, dan dikeluarkan secara eksklusif kepada The Sun-Herald oleh WikiLeaks, telah menyatakan bahawa "Pihak Australia berkata bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan(negarawan Singapura] Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam perbualan mereka bahawa pemimpin pembangkang Anwar 'sebenarnya ada melakukan aksi-aksi itu yang mana beliau kini sedang dituduh'."

Dalam laporan akhbar itu, ia berkata dokumen itu menyatakan bahawa perisikan Singapura memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian itu atas asas "risikan teknikal", yang boleh dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan