Tujuh Sekeluarga Rugi RM300,000 Ditipu Syarikat Jualan Langsung

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga hari ini mendakwa tujuh anggota keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM300,000 akibat ditipu sebuah syarikat jualan langsung, yang dipercayai masih beroperasi di Kelana Jaya.

Menurut peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai San, 23, pada mulanya beliau tidak mempercayai sistem syarikat itu, namun kemudian bertindak memujuk anggota keluarganya melabur setelah mendakwa diperdaya kononnya konsep syarikat berkenaan adalah berbeza berbanding syarikat lain.

Katanya, mengikut sistem syarikat itu, mereka hanya dikehendaki melaburkan wang untuk mendapatkan pulangan sebanyak dua kali ganda dan tidak perlu mencari 'downline' (orang di bawah) bagi mendapatkan keuntungan, selain wang pelaburan mempunyai insurans berdaftar.

"Keluarga saya hanya menerima pulangan wang selama dua hingga lima bulan yang dianggarkan lebih kurang RM25,000. Akibat dari peristiwa itu, hubungan bersama keluarga turut menjadi renggang kerana saya merupakan orang yang bertanggungjawab memujuk mereka untuk melabur," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Seorang lagi mangsa, Fariza Samsudin, 33, berkata beliau terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM890 sebulan sejak setahun lepas apabila turut ditipu syarikat jualan langsung yang sama.

"Syarikat itu berkata saya tidak perlu buat apa-apa, dan pada dua bulan awal, saya menerima lebih kurang RM20,000. Selepas itu, syarikat terbabit terus senyap dan tidak lagi membuat bayaran seperti yang dijanjikan," katanya yang membuat laporan polis mengenai penipuan itu dua minggu lepas.

Jururawat itu juga terperanjat ketika permohonan pinjaman sebanyak RM60,000 dari sebuah bank di Bangsar diluluskan dalam tempoh masa tiga hari, walaupun gajinya hanya kira-kira RM2,000.

"Saya ada bertanya kepada rakan yang memperkenalkan perniagaan ini...kenapa tidak buat pinjaman di Selayang sahaja sebab saya duduk di sana, tetapi dia kata bank di Bangsar senang sikit urusannya," katanya yang tidak menolak kemungkinan bank itu turut terlibat dalam penipuan berkenaan kerana kebanyakan mangsa membuat pinjaman di bank yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim Johan berkata satu sekretariat saringan aktiviti perniagaan akan ditubuhkan minggu depan bagi membantu rakyat mengenal pasti syarikat jualan langsung yang menjalankan aktiviti secara haram dan tidak berdaftar.

"Syarikat jualan langsung ini sering kali menggunakan taktik pinjaman berkonsepkan secara Islam bagi menarik lebih mangsa di kalangan orang Melayu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan