Sambutan Krismas Dekatkan Rakyat Dengan Konsep 1Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 orang anak yatim, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Sabtu diraikan dalam satu majlis sambutan Hari Krismas di sebuah hotel di sini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, yang menjadi tetamu majlis itu, berkata sambutan Krismas itu bertujuan bagi mendekatkan rakyat dengan konsep 1Malaysia.

"Ia seiring dengan hasrat kerajaan agar semua sambutan perayaan dapat dirasai dan disambut oleh semua lapisan rakyat di negara ini.

"Sambutan muhibbah ini merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan bagi memastikan konsep 1Malaysia terus diamalkan," katanya di sini.

Kanak-kanak berkenaan diraikan dalam satu majlis Krismas yang diisi dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian, serta beberapa pertandingan permainan.

"Saya tidak pernah menyambut perayaan Krismas seperti ini..kali pertama saya dapat meraikan Krismas di Hotel sebegini, sudah tentu saya amat gembira," kata S.Deshalinee, 16, salah seorang penghuni Rumah Kebajikan Karuna Illam, Taman Ehsan Kepong.

Kanak-kanak Orang Asli Kampung Bukit Macung, Et Jampok, 12, berkata sambutan Krismas kali ini amat bermakna kerana semua acara yang diadakan amat menarik.

Antara rumah kebajikan yang terbabit ialah Rumah Kanak-Kanak Trinity, Petaling Jaya, Sri Seronok Retirement Village, Cheras, Rumah Kanak-Kanak Ti-Ratana, Desa Petaling, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Bukit Indah, Ampang, Persatuan Orang Buta Malaysia, Persatuan Hati, Port Klang.

Program dianjurkan oleh Breath of God Church.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan