Phee Tewas Mengejut Pada Pemilihan DAP Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemimpin veteran negeri Phee Boon Poh dan empat lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tewas mengejut pada pemilihan 15 anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Ahad.

Kekalahan Phee, yang juga exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, dianggap mengejut kerana beliau merupakan antara pemimpin yang paling rajin turun padang dalam melaksanakan tugasnya.

Pada pemilihan di Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, memperoleh 173 undi, iaitu kurang enam undi daripada Gooi Seong Kin yang menduduki tempat terakhir dalam barisan jawatankuasa itu.

Empat lagi ADUN yang tewas ialah Lau Keng Ee (Pengkalan Kota), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan A.Tanahsekharan (Bagan Dalam).

Ketika ditemui selepas keputusan diumumkan, Phee kelihatan tenang dan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 466 perwakilan itu dan menganggap ia sebagai titik tolak bagi dirinya untuk berjuang dengan lebih gigih demi parti.

"Saya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Mungkin saya belum cukup bagus, sebab itu perwakilan tidak mengundi saya," katanya.

Pada pemilihan itu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo, yang juga anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, memperoleh undi terbanyak dengan 348 undi.

Keputusan rasmi pemilihan Jawtankuasa DAP Pulau Pinang:

- 1. Jagdeep Singh Deo - 348 undi

2. Law Heng Kiang - 321

3. Chow Kon Yeow - 312

4. Chong Eng - 261

5. Lim Hock Seng - 257

6. Ng Wei Aik - 256

7. Wong Hon Wai - 250

8. Koay Teng Hai - 245

9. Lim Hui Ying - 241

10. Prof Dr P. Ramasamy - 240

11. Teh Yee Cheu - 219

12. D Harvinder Singh - 215

13. R.S.N Rayer - 190

14. Lay Hock Peng - 185

15. Gooi Seong Kin - 179

Pengerusi DAP Pulau Pinang: Chow Kon Yeow

Timbalan Pengerusi: Prof Dr P. Ramasamy

Naib Pengerusi: Jagdeep Singh Deo/Lim Hock Seng

Setiausaha: Ng Wei Aik

Penolong Setiausaha: Lim Hui Ying

Bendahari: Wong Hon Wai-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan