Pemuda MIC Mahu Peruntukan Kerusi Parlimen, Dun Kekal Pada PRU Ke-13

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC mahu parti pusat itu mengekalkan peruntukan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada sayap tersebut pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketuanya T. Mohan berkata walaupun kaum India adalah golongan minoriti namum beliau yakin sayap itu mampu merampas semula dua kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang terlepas pada PRU ke-12 pada 2008.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda MIC di sini Ahad, katanya, mereka akan mengadakan program persediaan menghadapi PRU ke-13 untuk semua ketua Pemuda bahagian pada 17 hingga 19 Disember ini.

MIC telah memperuntukan dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN kepada wakil Pemuda pada 2008 tetapi hanya memenangi dua kerusi DUN di Gambir (M.Asojan) dan Kahang (R.Vidyananthan), kedua-duanya di Johor.

Mohan, yang bertanding kerusi DUN Batu Caves, tewas.

Dua kerusi Parlimen yang tewas ialah di Subang dan Kota Raja, kedua-duanya di Selangor, menerusi wakilnya S. Murugesan dan bekas ketua Pemuda, S. Vigneswaran.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan