KWSP Lancar Kempen Media Kedua Galak Pencarum Namakan Pewaris

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akan melancar kempen media secara besar-besaran yang kedua bagi menggalakkan lebih ramai pencarum menamakan pewaris masing-masing, mulai Isnin sehingga 26 Disember.

Pengurus besar bagi perhubungan awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata walaupun terdapat peningkatan hampir sejuta pencarum yang menamakan pewaris masing-masing berbanding tempoh kira-kira setahun lepas, KWSP masih belum berpuas hati dengan jumlahnya.

"Kami ingin menggesa semua pencarum, terutama yang memiliki sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP yang masih belum menamakan pewaris, supaya berbuat demikian dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

"Jumlah ini cukup bermakna untuk diserahkan kepada pewaris, dan dengan menamakan mereka, simpanan akan dapat disalurkan kepada pewaris dengan lebih pantas," tambahnya.

Beliau berkata sekiranya nama pewaris tidak dinyatakan, ia akan mengakibatkan pewaris terpaksa melalui proses yang memakan masa yang panjang untuk menuntut wang simpanan itu.

Nik Affendi berkata sehingga suku ketiga tahun ini, 4.25 juta anggota sudah menamakan pewaris masing-masing berbanding 3.29 juta anggota dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya untuk membuat penamaan waris, pencarum hanya perlu mengisi borang KWSP 4 yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web www.kwsp.gov.my , dan hantar kepada pejabat KWSP terdekat.

Beliau berkata KWSP turut menggalakkan semua pencarum supaya sentiasa mengemaskini nama pewaris mereka dengan teratur.

"Paling ideal, penamaan waris seharusnya dikaji semula dari semasa ke semasa, terutama sekiranya pencarum mengalami sebarang perubahan besar dalam kehidupan, termasuk berkaitan perkahwinan atau kelahiran anak," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan