Konvensyen Pakatan Rakyat Akan Bincang Persiapan Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Disember ini, antara lain akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata ketiga-tiga parti itu akan turut membincangkan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malah pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti itu telah mengadakan perjumpaan dan rangka umum bagi menghadapinya.

"Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Sabtu.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang.

Anwar berkata konvensyen kali ini akan membincangkan isu Perlembagaan, Islam serta isu-isu dasar yang menyentuh pendidikan dan ekonomi.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan