Kerajaan Tidak Pernah Abai Tanggungjawab Terhadap Petani : Noh Omar

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap golongan petani setiap kali ditimpa musibah selain kepentingan mereka sentiasa dijaga, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sebanyak RM3.2 bilion diperuntukkan untuk sektor padi sahaja dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa memperjuangkan nasib petani dan selalu menyalahkan kerajaan mengenai harga padi rendah atau potongan timbangan terlalu tinggi.

"Saya juga bersedia berjumpa Wakil-wakil Rakyat pembangkang untuk menerangkan isu padi. Tak perlulah nak jadi jaguh dan mempolitikkan isu ini," kata Noh sewaktu berucap pada majlis penyampaian bantuan banjir kepada petani Kedah di sini,Ahad.

Pada majlis itu beliau menyerahkan wang ehsan bantuan tanaman semula berjumlah RM24.8 juta untuk 17,085 orang petani membabitkan kawasan seluas 34,170 hektar di Kedah yang ditenggelami banjir.

Cek-cek diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk diagihkan kepada mereka.

Bantuan itu susulan janji dan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis lepas kepada petani di Kedah dan Perlis yang dilanda banjir berjumlah RM60 juta untuk diagihkan sebelum 15 Dis ini.

Kerajaan membayar RM876 bagi setiap satu hektar sawah mulai November lepas iaitu peningkatan sebanyak RM303 berbanding sebelum ini cuma RM573.

Noh turut mengumumkan rancangan kerajaan menguruskan kawasan sawah secara skala besar seluas 5,000 hektar untuk mengatasi masalah tenaga buruh di kawasan Rancangan Pertanian Muda (Mada) selain menggunakan teknoloji terkini. Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata agensi-agensi kerajaan berkaitan dijangka menyiapkan kajian maklumbalas rancangan itu menjelang akhir bulan ini.

Sebelum itu pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap berkata kira-kira 90 peratus dari kawasan sawah yang terjejas oleh banjir telah ditanam semula dan baki 10 peratus lagi dijangka selesai minggu depan.

Menurutnya nilai wang ehsan yang diterima petani Mada terbanyak ialah RM25,000 dan paling sedikit RM37.67 sen manakala terbanyak di luar Mada ialah RM11,260 dan sedikit RM33.20. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan