BN Wakili Semua Kaum, Bukannya Satu Kaum Sahaja

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mempromosikan satu kaum sahaja akan menjejaskan dengan teruk kedudukan gagasan itu di kalangan rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri memberitahu pemberita bahawa BN sentiasa mewakili semua kaum, dan sesebuah parti yang membangkitkan isu perkauman untuk meraih populariti akan menyebabkan gagasan berkenaan kehilangan sokongan.

Beliau bercakap mengenai tradisi BN ketika diminta mengulas mengenai perubahan kepimpinan dalam dua parti komponen, dengan Datuk Seri S.Samy Vellu meletak jawatan sebagai Presiden MIC selepas lebih tiga dekad, dan Datuk Dr Chua Soi Lek dipilih ke jawatan tertinggi MCA pada Mac lepas.

Samy Vellu digantikan oleh Timbalannya, Datuk G. Palanivel, manakala Dr Chua mengalahkan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang berkhidmat hanya selama satu penggal sebagai Presiden MCA.

Dr Mahathir berkata: "Sesebuah parti komponen yang mempromosikan kaum tertentu akan menimbulkan kemarahan kaum lain dan hanya mengakibatkan kesan negatif terhadap Barisan secara keseluruhan." - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan