15 Nelayan Miskin Bachok Dapat Bot Percuma Bernilai RM150,000

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Seramai 15 nelayan miskin di daerah ini menerima sumbangan bot percuma beserta kelengkapan enjin bernilai RM10,000 setiap seorang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata bot berkenaan disumbangkan khas kepada nelayan miskin yang dikenalpasti di daerah itu oleh pemimpin Umno bahagian. "Sumbangan bot ini adalah atas dasar keprihatinan pemimpin Umno bahagian yang melihat kesusahan nelayan yang kebanyakannya terpaksa menumpang rakan seperjuangan untuk mencari rezeki di laut kerana tidak mempunyai bot sendiri.

"Justeru sumbangan bot ini diharap dapat membantu nelayan dan memudahkan mereka untuk turun ke laut mencari rezeki menyara keluarga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jejak Marhaen dan penyampaian bantuan empat buah bot nelayan di Kampung Kemayan di sini, Ahad.

Dr Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata sehingga kini pendapatan bersih nelayan dianggarkan antara RM300 sehingga RM400 sebulan sahaja selepas berkongsi hasil dengan pemilik bot yang ditumpangi.

"Apabila nelayan memiliki bot sendiri dijangka pendapatan mereka bertambah antara RM600 sehingga RM1,000 sebulan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan