Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan