Seramai 17,000 Sertai Larian Serentak 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 17,000 peserta terdiri daripada pelbagai kaum mengambil bahagian dalam Larian Serentak 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara, Sabtu.

Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datin Seri Rosmah Mansor berkata larian yang julung kali diadakan itu merupakan satu manifestasi amat baik dalam menerapkan semangat 1Malaysia kerana ia disertai semua kaum.

"Larian yang dianjurkan YAKEB merupakan satu larian di mana semua kaum telah mengambil bahagian, tidak kira apa bangsa agama dan latar belakang, dan ada juga di antara mereka yang datang jauh dari Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita setelah melepaskan 5,000 peserta larian di Dataran Merdeka hari ini.

Upacara melepaskan peserta di negeri lain disempurnakan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

Rosmah berharap larian itu dapat diteruskan pada tahun depan dan turut menggalakkan lebih banyak badan korporat tampil untuk menaja acara tersebut pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif YAKEB Datuk Paduka Dr Mumtaz Begum Abdul Jaffar berkata selain mengukuhkan semangat 1Malaysia, program itu juga mampu mengeratkan silaturrahim antara bekas atlet dan rakyat.

Beliau berkata menerusi program ini, rakyat boleh mengetahui kewujudan bekas atlet negara dan ia merupakan satu penghormatan kepada mereka.

Larian Serentak 1Malaysia sejauh lima kilometer itu menampilkan tiga kategori iaitu bawah 17 tahun, 18 hingga 45 tahun serta 46 tahun ke atas dalam acara lelaki dan wanita.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah bernilai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200, manakala tempat keempat hingga ke-10 pula berpeluang menerima hadiah saguhati RM50.

Kesemua pemenang akan menerima hadiah dalam bentuk akaun simpanan Maybank dan setiap peserta akan diberi sijil penyertaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan