Murugiah Mahu Kenal Pasti 2,000 Calon Di Kalangan Kaum India Sertai ATM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata beliau akan mengenal pasti 2,000 calon setahun di kalangan belia kaum India untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyampaikan hasrat itu bagi mengimbangi penyertaan kaum bukan Bumiputera dalam perkhidmatan itu.

"Surat untuk mengadakan pertemuan itu telahpun hantar kepada Kementerian Pertahanan dan kini hanya menunggu tarikh yang sesuai dari pihak kementerian untuk mengadakan pertemuan, katanya melalui panggilan telefon ke Bernama di sini, Sabtu.

Murugiah berkata jika belia India dapat menyertai ATM, ianya juga dapat mengatasi masalah pengangguran dan masalah sosial di kalangan golongan itu.

Pada 9 November lepas, Ahmad Zahid memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa hanya terdapat 903 anggota bukan Melayu dalam ATM yang memasuki perkhidmatan itu bagi tempoh dua tahun lepas.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 82 anggota berbangsa India, 26 (Cina)manakala 795 lagi adalah kaum-kaum lain yang meliputi kaum peribumi Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan