KKM Mahu Pastikan Oren Shanghai Beracun Tidak Diimport Atau Dijual Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun agar kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran tempatan.

Menurut satu kenyataan pada Ahad, tindakan itu diambil berikutan laporan media tempatan bahawa pihak berkuasa Shanghai telah mengarahkan peniaga buah-buahan supaya menghentikan penjualan oren tersebut selepas menerima aduan daripada pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah setelah menyentuh buah berkenaan.

Kementerian itu berkata berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah seperti yang tersenarai di Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu adalah dilarang.

"Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan.

"Manakala lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan," katanya.

Kenyataan itu juga berkata orang ramai yang mengesyaki buah oren yang dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna, boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang dijalankan kementerian kesihatan di laman web http:/fsq.moh.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan