Kempen Amal Blog4FT Untuk Wilayah Persekutuan Dilancar Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini melancarkan kempen amal, BlogforFT Cares, dalam usahanya untuk meningkatkan mutu kehidupan penduduk bandar menerusi latihan kemahiran, kesihatan dan alam sekitar.

Melalui kempen itu yang dilancarkan oleh menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, tiga selebriti dipilih untuk memulakan facebook khas BlogforFT Cares! dan mempromosikankannya kepada peminat mereka yang bertujuan memungut jumlah maksimum facebook "Like" sehingga 11 Februari tahun depan.

Setiap muka facebook artis Datuk Siti Nurhaliza, pelakon dan model Steve Yap dan siri karton televisyen Malaysia Upin dan Ipin, yang memungut 10,000 "Like" akan mendapat penaja korporat untuk menyumbang RM25,000 terhadap kempen itu, sementara 20,000 "Like" akan memperoleh RM50,000.

Tiga tujuan untuk mempromosi kerja amal ini ialah untuk menyediakan latihan vokasional bagi memperkasakan penduduk bandar miskin dengan kemahiran amali yang boleh menjadi penjana pendapatan.

Di samping meningkatkan kesedaran dan program pendidikan mengenai denggi untuk penduduk di Wilayah Persekutuan dan meningkatkan pembabitan dalam menghijaukan Wilayah Persekutuan menerusi penanaman pokok.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran, Raja Nong Chik berkata beliau berharap mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan akan menyokong tujuan ini kerana ia bertujuan memperbaiki kehidupan persekitaran dan kesejahteraan di Wilayah Persekutuan.

Beliau juga optimistik bahawa sekurang-kurangnya RM50,000 akan dipungut bagi setiap tujuan yang dipromosikan.

Pada acara itu, menteri berkenaan juga melancarkan Daily Mail KL dan edisi Putrajaya, akhbar komuniti yang memaparkan antara lain acara, isu dan perkara berkaitan dengan Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat mengenai program itu boleh layari www.facebook.com/pages/Blog4FT and at www.blog4ft.com. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan