Jabatan Keselamatan Pekerjaan Pastikan Pengusaha IKS Patuhi Ciri Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan akan mempastikan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) didedah dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri keselamatan mengendalikan mesin atau jentera di kilang mereka.

Pengarahnya, Zulkafli Zainuddin berkata perkara itu perlu bagi mengelakkan berlaku kemalangan di tempat kerja akibat kecuaian dan kegagalan mereka mematuhi peraturan mengenai kesihatan dan keselamatan.

"Kami juga akan memastikan pengedar mesin atau jentera memberi maklumat keselamatan kepada pelanggan mereka bagi mengelakkan pengguna peralatan itu terdedah kepada bahaya ketika mengendalikannya," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang pengusaha dodol mati kerana terjerumus dalam kawah dodol panas yang sedang dimasak di sini, Khamis lepas.

Dalam kejadian itu, Wan Zainab Wan Ali, 61, mati dalam perjalanan ke Hospital Tumpat selepas mengalami kecederaan apabila kain tudung yang dipakainya tersangkut pada mesin pembancuh dodol menyebabkan dia terjerumus ke dalam kawah panas itu.

Zulkafli berkata pengusaha wanita itu boleh selamat jika mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam ciri-ciri keselamatan mengendalikan mesin itu, seperti menutup permukaan mesin bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan