Bilangan OKU Mendaftar Lebih Rendah Daripada Unjuran WHO _ Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 313,685 Orang Kelainan Upaya (OKU)telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Ogos tahun ini, tetapi bilangan itu lebih rendah daripada unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata WHO menagggarkan 10 peratus daripada penduduk setiap negara adalah OKU.

"Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) hari ini melancarkan kempen pendaftaran OKU bagi menggalakkan OKU yang belum mendaftar agar tampil ke hadapan untuk mendaftar dalam program 'outreach'," katanya dalam teks ucapan pada majlis Sambutan Hari OKU di Kota Fesyen, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur pada majlis yang bertemakan "1Malaysia: Aksesibiliti dan Pekerjaan Untuk OKU".

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan majlis itu menggantikan Shahrizat yang tidak dapat hadir pada saat akhir kerana menerima rawatan di hospital akibat keracunan makanan.

Shahrizat berkata melalui kempen selama enam bulan itu, pendaftaran OKU boleh dilakukan di kompleks membeli-belah dan Unit Mayang.

"Maklumat mengenai bilangan, jenis ketidakupayaan dan taburan OKU dalam negara ini diperlukan bagi membantu dalam perancangan perkhidmatan dan kemudahan.

"Bagi OKU berdaftar, mereka boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali meminta PBT mengambil tindakan drastik dalam menyediakan kemudahan kepada OKU termasuk tempat letak kenderaan, tandas, kaunter khas dan telefon awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan