ADUN BN Batal Hasrat Saman Harakah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbitan PAS, Harakah, berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya walaupun beliau memaafkan wartawan dan penerbit akhbar berkenaan, tindakannya itu tidak bermakna beliau mengakui laporan itu benar.

"Lebih baik saya beri perhatian kepada agenda pembangunan Melayu Pulau Pinang daripada memikirkan apa yang orang lain kata," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pada 23 November lepas Muhamad Farid dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah jika akhbar berkenaan gagal memohon maaf dalam tempoh 14 hari.

Muhamad Farid mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas. Harakah pada 15 November lepas melaporkan bahawa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan