Program Rapat 1Malaysia Platform Perjelas Dasar Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Rapat 1Malaysia merupakan satu program untuk menyerlah dan menjelaskan Gagasan 1Malaysia yang dilakukan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan berkata, Gagasan 1Malaysia bukan sekadar penerangan mengenai perpaduan semata-mata tetapi yang ingin ditekankan ialah ianya sebagai pemangkin ekonomi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Yang Datuk Seri Najib Tun Razak ingin tekankan mengenai Gagasan 1Malaysia ialah hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan bukan sekadar penerangan perpaduan semat-mata," katanya kepada pemberita pada program Rapat 1Malaysia anjuran JASA di Kampung Pasir Gajah dekat sini Jumaat.

Fuad berkata sehingga ini sembilan Program Rapat 1Malaysia telah dijalankan di seluruh negara sejak Januari lepas dan program yang diadakan hari ini adalah yang terakhir untuk tahun ini.

Katanya program seumpama itu akan diteruskan pada tahun hadapan sehinggalah 2012 bagi menerangkan kepada rakyat tentang Gagasan 1Malaysia dan diharap selepas itu rakyat sudah memahaminya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan