Penglibatan F1 Group Lotus Tidak Pengaruhi Untung Proton - Nadzmi

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyertaan Group Lotus dalam Formula One (F1) tidak akan memberikan kesan yang ketara terhadap kunci kira-kira dan keuntungan Proton Holdings Bhd.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak mempunyai bajet daripada kerajaan untuk terlibat dalam program ini dan menambah semua kos akan datang daripada akitivi perniagaannya.

"Ini merupakan sebahagian pelan pemulihan Lotus.

"Sudah tentu, mereka perlu mempunyai rancangan iklan dan promosi, termasuk penyertaan dalam F1," katanya pada sidang media Lotus Renault GP di sini, Jumaat.

Mohd Nadzmi berkata, Lotus mempunyai sejarah dalam sukan permotoran yang boleh digunakan untuk mempromosi keretanya.

Group Lotus plc, anak syarikat Proton, mengumumkan kemasukannya ke dalam musim akan datang F1 apabila ia memperoleh pegangan dalam pasukan Renault F1 yang akan dinamakan semula Lotus Renault GP.

"Perbelanjaan terhadap F1 akan datang daripada bahagian bajet pemasarannya antara £15 dan £20 juta setahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Proton Group Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Lotus akan menggunakan peruntukan bajet semasa sebagaimana dibentangkan kepada lembaga pengarah satu setengah tahun lalu.

Beliau berkata, jika terdapat persepsi penyertaan dalam F1 akan mengurangkan sumber Proton, jawapannya tidak.

"Butir penajaaan F1 ini biasanya tidak didedahkan dan perlu dihormati," katanya.

Syed Zainal berkata, orang ramai sewajarnya faham bahawa Lotus, sebagai jenama global, akan terus dibelanjakan di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Jepun dan ia perlu berbelanja terhadap pemasaran dan penjenamaan seperti Ferrari dan Aston Martin.

"Sebagai pemegang saham Lotus, kami melihat kemungkinan untuk bekerja dari segi pembangunan produk dan teknologi dengan Renault," katanya.

Beliau berkata, Proton juga mengadakan perbincangan dengan banyak pembuat peralatan tulen lain seperti Nissan untuk kerjasama.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Dany Bahar berkata penyertaan dalam F1 sebagai penaja utama pasukan akan membolehkan syarikat mengakses penjenamaan global bagi menarik baru dan peminat kereta sports sedia ada.

Beliau berkata, perlumbaan sukan permotoran seperti F1 menawarkan peluang terbaik untuk menarik pelanggan untuk membeli kereta sport Lotus. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan