LHDN Selesai Lebih 80 Peratus Kes Bayaran Balik

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga kini telah menyelesaikan lebih 80 peratus kes tuntutan pembayaran balik dalam usahanya memperbaiki mutu perkhidmatan sekaligus mengurangkan jumlah aduan setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, daripada 1.2 juta kes yang dikenal pasti, lebih 700,000 kes telah pun diselesaikan.

Pada 2007, katanya kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai pembayaran balik dan pihaknya telah bekerja keras untuk menanganinya.

"Menerusi e-filing, kita berjanji untuk menyelesaikan dalam tempoh 30 hari manakala melalui manual ialah tiga bulan. Bagi kes yang belum selesai, selalunya ianya melibatkan penyerahan dokumen agak lewat dari tarikh akhir sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Media di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jumlah dan bentuk aduan yang diterima tahun ini.

Sehingga November ini, sebanyak 140 kes aduan telah diterima, katanya.

"Setiap tahun, jumlah pembayaran balik adalah dalam purata RM5 bilion dan RM6 bilion kepada syarikat dan individu, di mana tidak lebih daripada RM2 bilion dibayar kepada individu," katanya.

Hasmah berkata LHDN sentiasa bersedia dan peka terhadap aduan rakyat mengenai permasalahan cukai dan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa.

Pada majlis penghargaan itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta wakil-wakil media cetak dan elektronik lain turut diraikan dan diberi sijil penghargaan atas liputan menyeluruh mengenai LHDN dan berkaitan dengannya.

Sijil penghargaan kepada Bernama diterima oleh Editor Meja Rencana Rohana Mustaffa.

Beberapa wakil daripada Radio 24 turut diberi anugerah penghargaan khas termasuk Ketua Pegawai Operasinya, Sheikh Raffie Abd Rahman, Ketua Rancangan Radio 24 dan Peneraju Program Kerusi Panas Azlan Idris dan penerbitnya Irma Marina Marshidi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan