Kapal Dagang M'sia Selamatkan Kru Bot Indonesia Di Perairan Johor

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat orang kru sebuah bot perdagangan barter atau perantara pertukaran diselamatkan oleh anak kapal MT Bunga Emas 10, sebuah sebuah kapal dagang yang dimiliki Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC), setelah bot mereka karam di perairan 13 batu nautika barat Sungai Rengit, Johor pagi Ahad lalu.

Bot barter itu, yang membawa muatan 63,000 biji kelapa, dalam perjalanan dari Selat Panjang, Indonesia ke Batu Pahat sebelum dipukul ribut.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, pada kira-kira pukul 8.35 pagi pada hari Ahad lalu, Pusat Kecil Penyelamat Maritim Johor Bahru dimaklumkan oleh kru kapal MV Energy Patriot bahawa mereka ternampak bot barter tersebut hampir karam semasa melalui perairan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Zulkifli berkata APMM Maritim Wilayah Selatan telah menggerakkan sebuah bot laju Kilat 47 ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Semasa dalam perjalanan, lebih kurang pukul 9.00 pagi, APMM telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa telah dijumpai dan diselamatkan oleh sebuah kapal milik MISC, MT Bunga Emas 10 kira-kira 2.3 batu nautika selatan Pulau Kukup, yang pada ketika itu sedang melalui kawasan tersebut.

Bot Kilat 47 yang berada berhampiran lokasi itu terus menghampiri kapal berkaitan untuk mengambil mangsa-mangsa dan mereka telah dibawa ke jeti kukup untuk urusan selanjutnya.

Mangsa yang diselamatkan dikenali sebagai Sarlan Yusak, 35, Juliman Sutiar, 28, Musriyadi Ngadimin, 28, dan Saiful Nizan Mastor, 25, yang kesemuanya adalah warga negara Indonesia.

Bot tersebut bertolak dari Selat Panjang Indonesia pada petang 4 Dis lalu. Semasa melalui perairan tersebut, bot mereka telah dipukul ribut menyebabkan ia terbalik.

Salah seorang daripada mangsa memberitahu bahawa mereka bernasib baik kerana sempat memakai jaket keselamatan. Mereka sempat berpaut pada tong-tong kosong sebelum diselamatkan olek kapal MT Bunga Emas 10, katanya.

Zulkifli berkata kesemua mangsa yang dalam keadaan kesejukan telah diberi makan, minum dan pakaian oleh kru kapal MT Bunga Emas 10 dan kemudiannya diserahkan kepada wakil Konsulat Jeneral Indonesia di Johor Baru yang telah menunggu di Jeti Feri Kukup untuk memberi bantuan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kru MT Bunga Emas 10 kerana telah memberi bantuan dengan cepat. MRSC Johor Bahru selaku penyelaras operasi Mencari dan Menyelamat di perairan selatan Semenanjung Malaysia amat mengharapkan kerjasama kapal-kapal serta pengguna-pengguna di laluan ini untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang mengalami kecemasan.

"Kami juga amat mengharapkan kru kapal, feri, nelayan atau sesiapa saja yang melihat atau mengetahui sebarang kecemasan yang berlaku supaya menyalurkan maklumat kejadian ke hotline MRSC JB dengan segera agar APMM Wilayah Selatan dapat menghantar bantuan dengan cepat.

"Tindakan pantas amat penting untuk kita mengelakkan sebarang kehilangan terutamanya nyawa di perairan kita," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan