JPA Perlu Berbincang Dengan Kesatuan Sekerja Sebelum Laksana Penilaian Baru

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan dan persatuan pekerja kakitangan awam mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum merangka dan melaksana penilaian baru bagi kakitangan perkhidmatan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata ini adalah penting untuk mendapatkan pandangan dan pendapat bersama bagi menghasilkan satu sistem penilaian yang terbaik, dan bagi menepati kehendak penjawat awam untuk menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan Januari depan.

Beliau berkata penilaian baru yang akan diperkenalkan diharap satu sistem yang adil dan tidak berkonsepkan peperiksaan yang mana penjawat awam dinilai berdasarkan produktiviti, kreativiti, inovatif dan sumbangan kepada organisasi.

"Kita tidak mahu orang lihat yang lulus PTK itu saja yang cemerlang walhal orang bawah bertungkus lumus buat kerja, Jadi, saya minta penilaian yang baru nanti menilai penjawat awam sama rata, tidak ada unsur berat sebelah atau pilih kasih, katanya.

JPA baru-baru ini mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010, yang memaklumkan mengenai pemansuhan PTK berkuatkuasa 1 Jan 2011, dan ia tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Januari depan.

Pekeliling itu dikeluarkan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lepas yang memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PTK dan menggantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun tahun depan.

Omar berkata PTK yang diwujudkan tanpa kajian menyeluruh telah mencapai matlamatnya dan sepatutnya sudah lama dimansuhkan memandangkan ramai penjawat awam menolak peperiksaan itu.

Untuk itu, beliau berkata penilaian semula yang lebih adil dan saksama perlu diadakan selepas ini.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri berkata dengan adanya perbincangan antara JPA dan kesatuan, sistem penilaian baru itu nanti akan memenuhi keperluan pelbagai sektor daripada hanya tertumpu kepada pandangan JPA sahaja.

Beliau berharap penilaian baru ini tidak berorientasikan peperiksaan lagi seperti PTK yang diperkenalkan kerajaan pada 1 November 2002 yang diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan.

Selain bertujuan meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi, katanya.

Hamzah juga berharap penilaian baru ini dapat memberi tumpuan lebih kepada bidang tugas masing-masing dan tidak dibebankan dengan peperiksaan.

"Penilaian yang melibatkan bidang tugas masing-masing (penjawat awam) lebih sesuai dan lebih tepat. Penjawat awam bukan lagi di peringkat pelajar. Kalau boleh penilaian yang baru ini tidak berbentuk peperiksaan tetapi dinilai mengikut tahap kecekapan bidang masing-masing yang mana lebih berkesan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan