Agong Rasmi Masjid Al-Hidayah, Sungai Penchala

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat berkenan merasmikan Masjid Al-Hidayah di Kampung Sungai Penchala di sini sebelum menunaikan solat Jumaat bersama-sama kira-kira 1,000 jemaah di masjid itu.

Seri Paduka diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, Masjid Al-Hidayah dibina dengan kos RM7 juta pada 2006 di kawasan seluas 0.8 hektar yang diwakafkan oleh Allahyarham Mohamed Sanusi Baki kepada JAWI pada 2006.

"Masjid ini mempunyai pelbagai prasarana seperti dua tingkat dewan solat utama yang boleh memuatkan 1,500 jemaah, pejabat pentadbiran, dua buah kelas untuk aktiviti kuliah, dua unit kuarters pegawai, kafetaria yang kondusif serta ruang letak kereta yang mesra pengguna," katanya.

Allahyarham Mohamed Sanusi, yang meninggal dunia pada 8 Nov 2006, merupakan abang sulung bekas Ketua Pengarah Pelajaran Allahyarham Aminuddin Baki.

Jamil Khir berkata, nama "Al-Hidayah" yang bermaksud "petunjuk" dalam Bahasa Melayu diambil hasil persetujuan di antara anak-anak kariah masjid dengan JAWI.

Katanya, masjid itu dapat memenuhi keperluan umat Islam di Taman Villa Istimewa, Taman Villa Maarof, Kampung Palembayan Indah, Taman Sri Penchala, Taman Penchala Indah, Taman Bukit Rahmat dan Kampung Boyan.

Sebelum ini, penduduk di kawasan sekitar terpaksa bersolat di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz yang hanya boleh memuatkan antara 500 dan 600 jemaah pada satu-satu masa.

Menurutnya, masjid berkenaan diletakkan di bawah pentadbiran zon enam bagi melancarkan urusan pentadbiran di bawah JAWI.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Jamil Khir melancarkan the Great Eastern Takaful Sdn Bhd(GETSB) di sini, Jumaat.

Dalam ucapannya, beliau berkata, takaful Islam merupakan kewangan Islam yang bersifat menyeluruh tetapi penyertaan rakyat di negara ini terlalu sedikit.

"Penyertaan dalam takaful tidak mengira bangsa dan boleh mengundang kekuatan umat manusia namun hanya lapan peratus rakyat negara ini yang mengambil perlindungan takaful untuk kepentingan masa depan mereka," katanya.

Jamil Khir berkata, lebih banyak program berbentuk pendidikan perlu diadakan untuk menggalakkan rakyat di negara ini mengambil perlindungan insurans takaful.

GETSB merupakan sebuah syarikat pelaburan bersama antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd(i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad (KAT).

Salihuddin Ahmad, yang bepengalaman luas dalam industri insuran dan takaful di Malaysia dan luar negara dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GETSB. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan