Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie Sedang Dikaji

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bagi merangka Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie mengikut peruntukan Perkara 76 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata berdasarkan ketetapan pada Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil kali ke-20 yang berlangsung Mei lepas, rang undang-undang itu dibuat oleh kerajaan persekutuan melalui permohonan mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN).

Peruntukan itu menyatakan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa sahaja yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri tetapi hanya seperti berikut sahaja iaitu jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri, katanya menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pada sesi soal jawab di Dewqan Rakyat, Khamis.

Jamil Khir berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengambil tindakan perlu dan bersesuaian untuk memperkukuhkan imej dan status kepeguaman Syarie agar ia dihormati melalui Arahan-arahan Amalan Tahun 2002 berhubung dengan Etika Peguam Syarie. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan